Sunday 11 December 2011

KUIZ KESIHATAN - JUMLAH HIDANGAN

1.Berapa banyakkah hidangan sayuran yang anda makan setiap hari?
   a) 4 @ lebih hidangan     b) 2 hidangan       c) 0-1 hidangan      

2. Berapa banyak pula buah-buahan yang anda ambil dalam sehari ?
   a) 4 @ lebih hidangan     b) 2 hidangan       c) 0-1 hidangan    

3. Berapa kerapkan anda makan ikan ?
     a) 2 ( @lebih ) kali seminggu      b) 2 @ 3 kali sebulan      c) jarang @tidak pernah

4.Anda sering meminum :
    a) air suam ,susu skim dan jus buah-buahan  b) teh,kopi atau diet soda     c) air bekarbonat @air buah

5) Buah-buahan apakah yang paling banyak anda makan dalam seminggu?
    a) epal,oren,pisang @beri      b) anggur @tembikai     c) jus oren atau jus lain

JAWAPAN / PENERANGAN
      Jawapan 1 / 2  : walaupun USDA Food Guide Pyramid menyarankan antara 2 - 4 hidanagn buah-buahan sehari dan 3 - 5 hidangan sayuran sehari,kajian-kajian yang dijalankan mendapati bahawa pengambilan sebanyak 9-10 hidangan sehari mampu memberikan perlindungan kesihatan yang berganda.
      Jawapan 3 : orang yang memakan ikan  sekurang-kurangnya sekali dalam seminggu dapat mengurangkan risiko penyakit jantung.
      Jawapan 4 : Minum banyak air suam sekurang-kurangnya 1 liter sehari ( pastikan lebih banyak jumlahnya dari air-air lain ).Ia dapat membantu mengelakkan sembelit dan melembutkan najis.Seterusnya buah pinggang dapat berfungsi dengan sempurna.
      Jawapan 5 : Beries kaya dengan serat.Ia mmepunyai lebih serat berbanding epal,pisang dan oren.

TIPS SIHAT GAYA RASULULLAH

Allah mencipta manusia dalam bentuk yang sempurna.Dia mewujudkan mekanisme unik dan automatik dalam diri manusia yang menyebabkan manusia dapat hidup di muka bumi dengan segala potensi dan kemampuannya.Apabila dikaji daripada segi kesihatan,badan manusia sememangnya diberikan ketahanan semulajadi yang membolehkannya meneutralkan ancaman yang datang dari persekitaran.Namun begitu,gaya hidup manusia mengganggu keseimbangan yang Allah berikan.Sebenarnya,kebanyakan penyakit berlaku disebabkan kesan kerosakan yang dilakukan oleh manusia sendiri.Manusia perlu menginsafi hakikat ini.
           Nabi Muhammad menunjukkan banyak teladan kepada seluruh umat manusiatermasuk umat dunia Timur dan Barat mengenai cara menjalani kehidupan yang sihat.Nabi mengajar sikap mental dan fizikal yang dapat meningkatkan kesihatan badan secara holistik.Selain mempunyai jiwa dan minda yang sihat,nabi juga memiliki stamina yang optimum.Rekod mengatakan sepanjang hidupnya,nabi hanya pernah sakit sebanyak 2 kali .Salah satu daripadanya adalah sakit yang membawa kematiannya.
           Gaya hidup nabi adalah gaya hidup sihat.Ini terserlah melalui cara nabi makan,jenis makanan yang dipilih ,cara nabi menjaga kebersihan dan penampilan,minat bersenam dan cara nabi membentuk minda dan jiwanya.Kajian perubatan mutakhir ini jelas menunjukkan semua perkara yang terkandung dalam ajarannya menjurus ke arah kehidupan yang sihat.

kurus vs gemuk

kurus vs gemuk antara istilah yang sering berlegar dalam benak fikiran setiap wanita.....keinginan wanita untuk menjadi sesempurna yang mungkin,faktor kerampingan susuk tubuh mereka menjadi faktor utama dalam menilai sesuatu kecantikan....namun tak ramai yang berfikir bahawa....kecantikan dalaman sesorang wanita itu adalah jauh lebih penting daripada luaran diri seseorang,ada yang sanggup berhabis ribuan ringgit menjalani rawatan kecantikan,rawatan pelansingan,membeli produk-produk kecantikan yang ratusan dan hampir ribuan ringgit....objektif utama mereka..untuk menjadi CANTIK,ANGGUN,JELITA,MENAWAN,MEMPERSONA dan segalanya ,....ketahuilah wahai wanita sekalian...bersyukurlah atas anugerah yang dimiliki,bersyukur kerana ALLAH menjadikan kita sebaik-baik kejadian.....

Saturday 10 December 2011

Makan secara sihat


              " Jom lunch "......" Saya diet lah ". Dialog ini seringkali didengari atau barangkali kita sendiri pernah atau biasa menyebutnya. Tidak dinafikan dalam proses menurunkan berat badan kita selalu menyebut tentang DIET.... Tetapi  adakah kita benar-benar faham makna disebalik perkataan diet ini ? Diet adalah penyusunan makanan yang betul dan seimbang yang perlu diselaraskan pengambilannya setiap hari. Jangan salahguna perkataan diet untuk menurunkan berat badan semata-mata ! Patuhi diet dengan cara mengambil dan mengawal pemakanan secara seimbang dan sempurna. Diet menyediakan keperluan zat gizi tubuh yang diperlukan untuk pertumbuhan dan mempertahankan kesihatan secara optimal. Tubuh memerlukan lima zat gizi utama iaitu protein, lemak, karbohidrat, vitamin dan mineral.

               TIDAK ADA satu pun makanan yang dapat membekalkan semua nutrien yang diperlukan oleh tubuh sekaligus. Piramid makanan merupakan panduan yang berjaya membantu kita merancang makanan harian yang seimbang seiring dengan keperluannya mengikut tahap usia masing-masing. Kita perlu tahu apa jenis dan berapa jumlah makanan yang kita perlukan.