Saturday 10 December 2011

Makan secara sihat


              " Jom lunch "......" Saya diet lah ". Dialog ini seringkali didengari atau barangkali kita sendiri pernah atau biasa menyebutnya. Tidak dinafikan dalam proses menurunkan berat badan kita selalu menyebut tentang DIET.... Tetapi  adakah kita benar-benar faham makna disebalik perkataan diet ini ? Diet adalah penyusunan makanan yang betul dan seimbang yang perlu diselaraskan pengambilannya setiap hari. Jangan salahguna perkataan diet untuk menurunkan berat badan semata-mata ! Patuhi diet dengan cara mengambil dan mengawal pemakanan secara seimbang dan sempurna. Diet menyediakan keperluan zat gizi tubuh yang diperlukan untuk pertumbuhan dan mempertahankan kesihatan secara optimal. Tubuh memerlukan lima zat gizi utama iaitu protein, lemak, karbohidrat, vitamin dan mineral.

               TIDAK ADA satu pun makanan yang dapat membekalkan semua nutrien yang diperlukan oleh tubuh sekaligus. Piramid makanan merupakan panduan yang berjaya membantu kita merancang makanan harian yang seimbang seiring dengan keperluannya mengikut tahap usia masing-masing. Kita perlu tahu apa jenis dan berapa jumlah makanan yang kita perlukan.




No comments:

Post a Comment